BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 29 Mei 2013

jeng jeng

Takder citee nak share ... tengah sibuk study untuk pmr ooo.
          

Khamis, 28 Mac 2013

#10 richest country in the world!

10 Negara Terkaya Di Dunia | Untuk menentukan kayanya sesebuah negara tersebut, Majalah Forbes telah membuat kajian berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diselaraskan dengan kuasa membeli di kalangan rakyat 182 negara di dunia ini. Berikut adalah senarai 10 negara tersebut :


Tempat ke-1 : Qatar ( AS$88,222)
Invalid Domain Name

Tempat ke-2 : Luxembourg (AS$81,466)

Tempat ke –3 : Singapura ( AS$56,694)

Tempat ke-4 : Norway (AS$51,959).

Tempat ke-5 : Brunei ( AS$48,333)

Tempat ke-6 : Emeriah Arab Bersatu (UAE) ( AS$47,439)

Tempat ke-7 : Amerika Syarikat (AS$46,860)

Tempat ke-8 : Hong Kong (AS$45,944)

Tempat ke-9 : Switzerland (AS$41,950)

Tempat ke-10 : Belanda (AS$40,973)

Malaysia bila lagi?

Rabu, 27 Mac 2013

Betul kata :Albert Einstein


Albert Einstein :

"I Fear That Technology Will surpass our human interaction. The world will have a generation of idiots"

Asrama paling MAHAL#


Sudah menjadi fitrah, setiap mahasiswa di universiti akan mengimpikan sebuah ruang asrama yang mewah dan dilengkapi dengan segala kemudahan. Namun kemudahan itu kebiasaannya terdapat di universiti swasta. Namun pernahkah kita membayangkan asrama universiti yang mewah seperti gambar di bawah ini. Ia merupakan sebuah asrama universiti yang diberi nama The Tietgen Residence Hall yang terletak di Denmark. Jom lihat gambar di bawah ini.










Buat matahari sendiri!!!

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!






Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.







Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

Serioos Keputusan Spm bintang malaysia



































Najwa Latiff, 18, memperoleh 4A daripada 10 subjek yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya tetapi diambil oleh akaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Hello Blogs

Haha  aku just nak try je main  orang panggil blogger nih ....!!